Monday, April 18, 2016

Filled Under:

IBU - IBU HARUS TAHU..SANGAT BAHAYA !! JIKA GUNA MINYAK MASAK 2 - 3 KALI.. KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT INI !!

    IBU - IBU HARUS TAHU..SANGAT BAHAYA !! JIKA GUNA MINYAK MASAK 2 - 3  KALI.. KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT INI !!



    Hal ini telah pun kita tahu lama dulu kan ? tapi berapa ramai yang praktikkan di rumah ? saya sendiri kadang2 guna juga 2-3 kali minyak masak tu , tapi tengok lah juga jenis masakkan yang kita masak tu , setakat goreng cucur udang sekali dah nak buang minyak masa , sayang lah pula , jika kita goreng ikan ke yang mengotorkan minyak boleh lah di buang , tak kan sampai nak tunggu minyak masak jadi pekat baru nak buang bahaya tu.

    Tapi yang jadi persoalannya .. jika kita makan di kedai , maklumlah orang sekarang banyak makan di luar dari dirumah , nak-nak warga kota kan .. ataupun petang-petang rasa nak makan goreng pisang , nak beli pisang susah pula nak dapat goreng pisang yang dah siap senang berselerak di tepi-tepi jalan , agak-agak berapa kali mereka guna pakai minyak masak tersebut ? kena fikirkan semula ni…




    Cuba baca di bawah , Minyak dalam paket 1kg tu pun tak original .. hohohoho kenapa mesti ada benda begitu di pasaran ? ini kes naya .. nasib lah biasa beli minyak masak dalam tong yang besar gedabak tu , tapi kadang-kadang kecemasan plus susah nak bawa balik ada juga terbeli minyak masak paket kecil tu .. lepas ni tak nak dah beli minyak masak dalam paket , patutlah baunya pelik semacam je.

    Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.



    Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

    “Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
    “Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang? katanya ketika dihubungi The Star.

    Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

    “Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.


    sumber http://puanbee.com/