Posted By:
Saiful
on 12:56:00 AM
DIKENCAM KERANA REKAAN BAJU RAYA TANPA BAJU, INI JAWAPAN DARI PEREKA PAKAIN TERSEBUT YANG MENGEJUTKAN !!
REKAAN BAJU RAYA TANPA BAJUPereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.
Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.
Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.
“Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan ‘instant sampin’ supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.
“Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg ‘slimfit’, lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.
“Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis ‘An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men’ yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.
Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.
“Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.
“Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa,” katanya.
Posted By:
Saiful
on 12:48:00 AM
"Jiran hadapan rumah menghubungi saya" .. 4 FOTO ROMPAKAN DI RUMAH MEREKA YANG AMAT MENAKUTKAN. !! SEMOGA AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA TABAH MENERIMA MUSIBAH INI..
Kali ketiga dirompak!
Itulah yang menimpa Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang sekali lagi dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu.
Perkara tersebut didedahkan oleh Zaquan menerusi akaun Instagramnya.
"Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap.
"Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami.
"Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur.
"Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri," ujar Zaquan dipetik sebagai berkata.
Kediaman mereka yang dipecah masuk oleh tiga lelaki pada jam 1 tengah hari itu telah menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM200,000.
"Kejadian ini merupakan kali ketiga telah menimpa keluarga kami dan merupakan kejadian paling buruk yang pernah dialami oleh kami," jelasnya.
Read more: http://www.myartis.com
Posted By:
Saiful
on 9:31:00 PM
GILERR LAAA !! PEMINAT ZIZAN RAZAK HADIAHKAN KERETA SPORT PUTIH SPORTRIM HIJAU SEMPENA HARI LAHIR KE-32
##Pelawak dan pelakon Zizan Razak teruja sebaik sahaja melihat kereta Sport dihadiahkan peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-32.
##Bagaimanapun hadiah tersebut bukanlah dalam bentuk kereta sebenar tetapi sebiji kek kereta Sport dalam bentuk 3D yang ditempah khas oleh peminat kepada selebriti kesayangan mereka itu.
##Reaksi Zizan ketika menerima kek tersebut turut dirakam dan dikongsi oleh kelab peminatnya melalui akaun Instagram ztf_official.
##Selain itu, Zizan yang merupakan pengumpul kasut tersenyum sebaik sahaja menerima hadiah berupa sepasang ‘Nike Men’s Air Jordan’.
##Sebagai tanda menghargai peminat, Zizan juga tidak ketinggalan merakamkan foto kenangan bersama para peminatnya sambil membuat pelbagai aksi lucu dan comel.
##Majlis sambutan hari lahir Zizan berlangsung dengan meriah bertempat di Ruang, Shah Alam, pada malam Sabtu.
##Peminat yang hadir juga telah memuatnaik foto-foto menarik mereka bersama Zizan dengan menggunakan hashtag #zizanturns32 dan #kamisayangzizanrazak.
##Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto sepanjang sambutan majlis hari jadi Zizan ke-32:
Sumber Instagram ztf_official
Posted By:
Saiful
on 8:31:00 PM
ANDA MASIH INGAT LAGI DENGAN PELAKON EZANY NIZARIFF ?? 4 FOTO BELIAU SEKARANG YANG MENGEJUTKAN SEMUA..KITA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT BELIAU.. PATUT LAMA TAK MASUK TV !!
Ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai Ezany Nizariff yang kelihatan seperti kini mengikuti golongan Tabligh.
Berikut merupakan kisah sebenar disebalik penghijrahan Ezany Nizariff.
Kisah ini dikongsikan oleh Ali Russia di laman Facebook miliknya.
Penampilan Terkini Ezany Nizariff yang Mengejutkan
Alhamdulillah - Tangisan Ezany Nizariff di Tongi bukan lagi lakonan.
Barakallah Bhai...hari hari berlalu di ijtimak Tongi dengan penuh rasa kasih sayang antara Daie daie Allah...masing masing menunaikan hak...hatta ke tandas pun yang muda memberi laluan kepada yang tua.
Beberapa hari aku memerhatikan seorang lelaki tampan berkulit putih yang sentiasa senyum bila di tegur dan beliau kelihatan begitu tawajuh denga raut muka yang mendalam ketika berdoa.
Cerita
Hari ini aku melihat beliau mengenakan serban dan jubah ala Oman, beliau begitu segak dengan tasbih di tangan dan kelihatan seperti Bangsawan Oman.
Beliau adalah Ezany Nizariff, pasti ramai yang mengenali seorang lelaki yang bernama Irfan di dalam Drama Ber siri Natasha di kaca tv Malaysia.
12 tahun berada dalam industri, Ezany masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan. Selain bakal muncul dengan Tangisan Bulan Madu 2 di TV2, aktor kelahiran Perlis ini juga turut membintangi drama 5 Bujang dan Lara Ameera untuk TV Al Hijrah.
Masih menerima tawaran lakonan, aktor juga semakin rancak mengembangkan rangkaian perniagaan sendiri.
Hari ini Ezany Nizariff telah hadir ke Ijtimak Tongi iaitu perhimpunan pendakwah sedunia dan beliau telah keluar 3 hari Dakwah Tabligh bersama sama jemaah artis.
Psst :Setiap petang jemaah GRGB di bawa menziarahi Masyeikh masyeikh di bilik mereka
Posted By:
Saiful
on 8:01:00 PM
TAKUT JANGAN LIHAT.!! Lelaki Ni Dedah CERITA SEBENAR Selepas Kematian Ayah Pin. Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
ANDA JUGA BERMINAT BACA INI
TNB Dedah 7 RAHSIA Jimat Elektrik Menggunakan AIRCOND Yang Ramai TAK TAHU !!!
TNB Dedah 7 RAHSIA Jimat Elektrik Menggunakan AIRCOND Yang Ramai TAK TAHU !!! | Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.
Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.
6. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.
7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang. KREDIT KIAMBANG MERAH.
Posted By:
Saiful
on 7:54:00 PM
Terlalu Leka & ‘Selesa’, Syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd Hilang 1.4 Juta Pelanggan Yang Mengejutkan Orang Ramai.
Syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd kehilangan sejuta pelanggan bagi tahun 2015. Bagi tempoh awal tahun 2016, lebih dari 400,000 pelanggannya beralih arah ke rangkaian telekomunikasi yang lain.
Meskipun mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama 2016, tindakan pelanggan memilih untuk tidak menggunakan khidmat Maxis mungkin akan menjadi pengajaran kepada mereka agar lebih berhati-hati dalam menjaga perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan.
Lapor Free Malaysia Today, sebahagian besar pelanggan yang meninggalkan Maxis pada tahun ini berkaitan dengan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISone tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.
Berdasarkan laporan suku tahunan Maxis Berhad, pada suku pertama tahun 2015, Maxis mencatatkan peningkatan 9 juta pengguna. Namun, jumlah itu menurun kepada 9.5 juta pengguna dalam tempoh yang sama pada 2016.
Walaupun ramai pelanggannya beralih ke rangkaian lain, Maxis masih mencatat peningkatan pendapatan RM484 juta bagi tiga bulan pertama 2016 berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama pada 2015, hasil pengurangan operasi syarikat.
Menurut penganalisis, tindakan Maxis yang terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran semasa menyebabkan pesaingnya seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan yang lebih murah.
Manakala syarikat telco kecil seperti UMobile dan Tunetalk telah mengambil peluang ‘memakan’ pasaran Maxis.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Maxis seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di Kuala Lumpur.
Kehilangan pelanggan Maxis itu merupakan kemenangan yang besar bagi pesaingnya. Sebagai contoh, suku pertama tahun 2015, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 pelanggan, sementara Maxis kehilangan 377,000 pelanggannya.
Posted By:
Saiful
on 9:06:00 AM
MENGERIKAN! Inilah 7 Foto Istana Dajjal yang sudah siap dibangunkan di Jabal Habshi? Dan ini tujuan Sebenar Dajjal Berada Disitu !!
Inilah Istana Dajjal sedang dlm pembinaan di Jabal Habshi…. Menurut alim ulama Mesir, may be dajal will be appear from this place which is out of Haram range in Madina…
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda:
”Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata…. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiada suatu negeri pun melainkan akan didatangi oleh Dajjal kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu melainkan disitu ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya.
Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik”. (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:“Bumi yang paling baik adalah Madinah….
Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai;”Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!” dan mengulanginya tiga kali. Baginda SAW ditanya oleh seorang sahabat,”Apakah Hari Pembebasan?”.
Baginda SAW menjawab:
”Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu?.itulah Masjid Muhammad.
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem.
Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal,ini adalah hari pembersihan”. (Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al ‘Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496).
Dari Abu Darda r.a.,Rasulullah SAW bersabda,”Jika sesiapa belajar dengan ‘mata hati’ dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal”.(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal?. Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan…..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang ‘bermata satu’ (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan.
Yang mana manusia dipersembahkan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk,penuh nikmat,keselesaan,tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan ‘mata hati’ di dalam diri kita….
Inilah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..Adakah kita Sedar?,Masih Lalai?,Sibuk dengan duniawi?
Wallahu a’lam.