Sunday, April 24, 2016

AAArghhHH, nyesal giler kawin Lam.. tapi pada malam pertama aku kantoi...????..

AAArghhHH, nyesal giler kawin Lam.. tapi pada malam pertama aku kantoi...????..




Gambar Hiasan



#Ini cerita aku…..

#Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.

#Aku tak penah kenal pon dia.

#Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.

#Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.

Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.

Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.

“Jom la bang tido…”.

Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.

Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..

Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!

Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….

Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..

Kira berbelanja tanpa waswas la.

Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.

Hohoho..

Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.

Tade dalam list, tak leh amik!!

Dah la berejam-jam pusing..

Leceh tol la orang pompuan nih.

Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.

Aku je yang muka tensen.

Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..

Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.

Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..

Dia kata x hensem la, x kemas la..


Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.

Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)

ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.

Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).

Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.

Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.

Sakit wooo bini aku cubit.

Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made.

Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).

Pastu baju2 bergelimpangan atas katil...

Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je....

Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..
..
Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la....

Maklum la dah ade P.A....

Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..

Hmm sejuk hatiku.

Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.

Jadi kena ade yang tolong ingatkan.

Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu.....

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…

Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang.....

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang....

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut.....

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


WOW..Memang MENGEJUTKAN!!!!!! Wanita Ini TELAH Koyak KAIN Semasa MAJLIS AKAD Nikah.. Dia NEKAD Untuk MENURUNKAN Berat BADANNYA.. Jom TENGOK 5 Gambar TERKINI Setelah BERJAYA Menurunkan BERAT Badan..

WOW..Memang MENGEJUTKAN!!!!!! Wanita Ini TELAH Koyak KAIN Semasa MAJLIS AKAD Nikah.. Dia NEKAD Untuk MENURUNKAN Berat BADANNYA.. Jom TENGOK 5 Gambar TERKINI Setelah BERJAYA Menurunkan BERAT Badan.. 





















ANDA BERMINAT BACA INI>,,

TNB Dedah 7 RAHSIA Jimat Elektrik Menggunakan AIRCOND Yang Ramai TAK TAHU !!!


TNB Dedah 7 RAHSIA Jimat Elektrik Menggunakan AIRCOND Yang Ramai TAK TAHU !!! | Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.



Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

6. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang. KREDIT KIAMBANG MERAH.



Mengejutkan Jawapan Pedas Seorang Ayah Kepada Bakal Menantu ‘ My Daughter Is Not For Jimak Bro…’

Mengejutkan Jawapan Pedas Seorang Ayah Kepada Bakal Menantu  My Daughter Is Not For Jimak Bro…’ 




My daughter is not for jimak bro. You better learn about life terlebih dahulu.

Kalau saya ada anak perempuan dan datang seorang lelaki nak melamar dengan jawapannya, “Nak elak buat maksiat,”. 100% saya akan terus reject.

Saya dah 25 tahun, hal nafsu tidak menjadi masalah pun. Tak pernah bercinta sebab bila sibukkan hidup dengan belajar tentang hidup (cari duit dan berdikari), 

then you know how that answer “elak maksiat” is really annoyed to you as a father to that girl.



Nak ‘elak maksiat’ answer for me adalah dalam kepala awak asyik berfikir mahu berjimak saja dengan anak saya. Belajarlah tentang kehidupan. \


Jika seorang lelaki datang dengan membawa berita tentang buruk dan susahnya kehidupan, then awak akan menjadi menantu saya sebab anda kenal apa itu kehidupan.

Sebab orang melingkup dan bercerai adalah disebabkan dia hanya melihat sisi indah kehidupan hanya melalui fantasi dan angan-angan.


Dengar Ni Semua Pesanan Boleh jadi Anak Derhaka! ..MashaAllah !! “mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu” sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,

Dengar Ni Semua Pesanan Boleh jadi Anak Derhaka!  ..MashaAllah !! “mak bukan orang gaji atau tukang jaga anak kamu” sedih anak-anak buat hamba kepada ibu mereka,




Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata sesuai untuk menggambarkan pentingnya ibu dan ayah dalam kehidupan kita. 

Zaman kini, isu ibu dijadikan seperti orang gaji atau pengasuh anak-anak sudah seperti perkara biasa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota raya. Mungkin ramai yang tidak pernah sedar atau terfikir mereka sudah mengajikan ibu mereka untuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Penulis tertarik dengan perkongsian oleh Nurulbadiah, semoga memberi kesedaran buat kita semua.

Saya tak pernah tinggalkan anak dengan pengasuh, sebab semasa saya bekerja, mak saya nak jaga anak saya. Jadi, pada masa itu, saya penat bekerja walaupun jaga anak dari jam 6 petang sampai malam sebelum tidur. Itu pun saya penat nak mampus sebab nak selesaikan kerja rumah.

Masa itu, saya belum tahu lagi erti sebenar penat menjaga anak. Bila saya balik kerja dan pergi ke rumah mak, memang rumah bersepah, dapur tak berasap. Saya selalu terfikir, adakah mak tak ada masa nak buat semua perkara itu?

Mak pun memang selalu juga mengeluh sakit-sakit badan. Mak nak solat pun kadang-kadang kena tunggu Balqis dan Alliss tidur dulu. Sudahlah mereka berdua tak suka tidur, menangis lagi, pe’el gitu gini lagi. Sampaikan mak tak makan sehingga ke petang pun, sebab tak boleh nak masak. 



Seorang duduk bergantung di kaki, seorang lagi menangis.

“Maafkan Along mak, kerana menyusahkan mak. Menyesal sangat. Kerana nak jaga anak saya, mak tak dapat pergi solat berjemaah di surau, tak dapat pergi usrah dan rehat pun tak dapat,”

Mujur saya tersedar awal yang mak bukanlah orang gaji atau tukang jaga anak kita walaupun mak kita memang nak jaga cucunya sendiri. Jadi, selepas saya berhenti kerja dan menjaga anak sendiri, Ya Allah, saya tak pernah rasa sepenat, seletih, sestress seperti ini semasa saya bekerja. 

Sumpah buat pertama kalinya dalam hidup, rasa langsung tak ada masa untuk diri sendiri. Dari pagi sampai ke malam jaga anak dan uruskan rumah tangga. Rupanya bagi saya sendiri, bekerja dan menjadi housewife 10 kali ganda lebih penat menjadi housewife.

Dari sini, barulah saya tahu erti stress menjaga anak, erti penat, erti sabar. Saya bayangkan tanggungjawab pengasuh, tidak hairanlah ada wujudnya kes dera, pengasuh tak bagus. Jujurnya, bukan mudah untuk menjaga budak. 

Kalau kita maknya pun yang jadi housewife ini, kadang-kadang rasa geram dan nak mengamuk apabila anak buat perangai. Kadang-kadang terlalu penat, dia buat hal, suara sendiri dah macam tarzan panggil anak. Apatah lagi kalau orang luar walaupun dibayar?

Jika saya ditakdirkan susah dan tak ada duit, bekerja sebagai pengasuh dengan gaji RM300 sebulan, merupakan pilihan terakhir saya.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, jangan pandang rendah pada orang yang mengasuh budak kerana ia bukan kerja yang senang. Jadi, berbaik-baiklah dengan pengasuh, jangan dibuat menjadi musuh. Bimbang kemarahan mereka akan dilepaskan pada anak-anak kita. Pengasuh juga adalah manusia yang boleh berasa stress seperti kita.

Kalau boleh, usahlah berkira sangat mereka. Lagi-lagi pada ibu yang berperangai kerek, lagi mental pengasuh. Ingat, anak membesar mengikut orang yang mengasuhnya. Sebab itulah kena cari pengasuh yang betul-betul baik agar anak kia membesar dengan cara asuhan yang baik. Untuk cari pengasuh yang baik, kita juga perlu menjadi ibu bapa yang baik dan tidak berkira.

Tetapi bagi saya, saya tidak sanggup nak meninggalkan anak dengan pengasuh sebab anak-anak saya sangat banyak akalnya sampaikan saya sendiri naik darah. Jadi, saya memang menjaga anak saya sendiri pada masa ini. Akan datang, saya masih belum pasti lagi. Manalah tahu andai kata ada rezeki lain yang membuatkan saya terpaksa juga menghantar anak pada pengasuh. 

Renung-renungkanlah.. Siapa tahu, mungkin ini kali terakhir untuk kita menghiburkan hati ibu kita. Jangan sia-siakan hidupnya dengan menambah beban yang sudah pernah dirasai sebelum ini. - CARI Infonet.





Saturday, April 23, 2016

MASYAALLAH INI 6 PERBUATAN TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH WALAUPUN BERTAUBAT..KONGSIKAN AGAR KITA SEMUA TAHU !!

MASYAALLAH INI 6 PERBUATAN  TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH WALAUPUN BERTAUBAT..KONGSIKAN AGAR KITA SEMUA TAHU !!




Setiap detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada #berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun #dosa kecil. Dalam pada kita berusaha untuk bertaubat padaNya, #ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allahiaitu :

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa #tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak #terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah #dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa #tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan #jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari #medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang #Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).



5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah #Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan #Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah #SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul #Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532

Sumber: pedasssangat


Al FATIHAH..KEJADIAN LUAR BIASA BERLAKU SEMASA PENGEBUMIAN ARWAH AYAH PIN

Al FATIHAH..KEJADIAN LUAR BIASA BERLAKU SEMASA PENGEBUMIAN ARWAH AYAH PIN





dilaporkan terdapat kejadian luar biasa yang berlaku semasa pengebumian ayah pin,.

#Namun admin tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. Bersama-sama kita sedekahkan al fatihah pada arwah ayah pin…pembaca boleh membaca berita dari BERNAMA ini..



##BESUT, 23 April (Bernama) — Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai “Ayah Pin” yang pernah menggemparkan negara dengan mengamalkan ajaran sesat ‘kerajaan langit’ meninggal dunia malam tadi.

##Arifin, 74, meninggal dunia di rumah isteri ketiganya, Che Jaharah Awang, di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini pada kira-kira 8.30 malam tadi kerana sakit tua.

##Menurut Che Jaharah, 56, suaminya itu didapati tidak sihat terutama sejak kembali semula ke Kampung Batu 13 selepas melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa pada 2005.

“Arwah mempunyai banyak penyakit dan sejak akhir-akhir ini kesihatannya sering terganggu,” katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

##Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 1986 telah mengeluarkan arahan bahawa ajaran dibawa Ayah Pin bertentangan dengan Islam dan sesat.

##Pada Ogos 2005, Pejabat Tanah Besut juga telah mengambil tindakan merobohkan bangunan termasuk replika binaan yang didirikan Ayah Pin di sekitar kawasan tempat mereka mengadakan perhimpunan dengan pengikutnya kerana bertentangan dengan Islam.

##Semasa mengetuai kerajaan langit, Arifin dipercayai berjaya mengumpulkan lebih 150 pengikut.

##Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Arifin melalui Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut hari ini.

Jenazah Arifin dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 13 di sini, hari ini.


Friday, April 22, 2016

Ternyata Ada Maksud Tertentu Mengenai Jenis Papan Tanda Di Malaysia, Nombor 5 Paling Ramai Tertanya - Tanya

Ternyata Ada Maksud Tertentu Mengenai Jenis Papan Tanda Di Malaysia, Nombor 5 Paling Ramai Tertanya - Tanya


Sejauh mana kefahaman anda mengenai papan tanda dekat Malaysia ini? Pernah atau tidak terfikir kenapa papan tanda mempunyai warna, simbol, huruf yang berbeza? Sebenarnya, papan tanda yang berada di setiap jalan raya di Malaysia ini ada maksud-maksud tertentu. 

1) Warna Papan Tanda Yang Berbeza




##Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza. Contohnya, papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan raya. 

Manakala yang berwarna hijau maksudnya lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja

2) Perbezaan Jenis Jalan Raya Ada Huruf Laluan dan Nombor Berbeza?




##Huruf E sebagai contoh E2 bermaksud Expressways. Jalan persekutuan mengguna digit 3seperti 51. Jalan negeri? Okay untuk jalan negeri, guna kedua dua simbol iaitu huruf dan nombor . contohnya, N9 mewakili jalan di Negeri Sembilan



3) Apa Maksud Warna Huruf Pada Papan Tanda?




##Perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan. Huruf kuning menunjukkan nama jalan. Huruf putih bermakna nama Bandar atau kawasan.

4) Nama Destinasi Disusun Menegak? Dari Atas Sampai Bawah Dengan Berjarak?




##Ok mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan paling dekat. Mesti korang baru tahu kan?

5) Papan Tanda Berlainan Maksudnya Mewakili Destinasi Yang Berbeza. Apa Kaitan?




##Huruf Putih dan papan tanda berwarna hijau dan Huruf putih tetapi papan tanda warna maroon bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Manakala, huruf yang berwarna oren dan papan tanda berwarna hijau merupakan institusi kerajaan.

Okay kalau anda nak lagi jelas, tonton video dekat bawah